KETUPAT sering dikaitkan dengan orang Melayu, dan menjadi antara makanan tradisional yang ramai tidak sabar untuk menikmati sewaktu Lebaran.
Namun di Wisma Geylang Serai (WGS) semalam, bukan orang Melayu sahaja yang kelihatan terkial- kial dan bersemangat menganyam ketupat dalam acara tahunan Ketupat-thon.