Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bukti jelas Zulfikar sokong keganasan ISIS: MHA

Aug 03, 2016 | 06:57 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyifatkan kenyataan daripada keluarga Zulfikar Mohamad Shariff sebagai tidak tepat.



Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan oleh isterinya, Cik Shireen Abdul Samad, kepada media petang Selasa dan mendakwa maklumat berkenaan penangkapan suaminya itu tidak memberi gambaran yang sebenar mengenai diri Zulfikar dan komen-komen beliau di dalam talian.



Menurut kenyataan itu, dakwaan bahawa Zulfikar menyokong kumpulan militan ISIS adalah berdasarkan catatan beliau pada 2014. Namun, pendiriannya itu berubah pada tahun itu selepas laporan mengenai kekerasan dan tindakan ISIS memancung kepala individu-individu yang ditahannya.



Dalam jawapannya lewat malam Selaa, MHA berkata kenyataan keluarga Zulfikar itu hanya berkenaan satu aspek siasatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dan memberi gambaran yang salah.



"Sebagai contoh, ia menyatakan bahawa Zulfikar tidak membuat pos mengenai pandangan-pandangan radikal selepas 2014, ini tidak benar. Ia jelas Zulfikar menyokong ISIS, termasuk tindakan memancung kepala, dan di tahap lebih tinggi, dia menyokong idea pembentukan sebuah kalifah Islam global dengan menggunakan kekerasan untuk mencapainya," kata MHA.



Zulfikar, warga Singapura berusia 44 tahun yang tinggal di Australia dan turut menjadi warga negara itu, ditangkap 1 Julai lalu semasa dia pulang ke Singapura. Dia ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



MHA menambah: "Zulfikar akan diberi peluang apabila tiba masanya nanti untuk membentangkan kesnya kepada Lembaga Penasihat ISA, yang menasihatkan Presiden sama ada Perintah Tahanan perlu terus dikuatkuasa."



Dalam kenyataan itu juga, isteri Zulfikar menegaskan suaminya itu "bukan seorang yang ganas" dan bukan niatnya untuk membangunkan sebuah kalifah di Singapura menggunakan kekerasan. Beliau menambah, Zulfikar tidak pernah menjadi anggota kumpulan tegar, Hizbut Tahrir, yang memperjuangkan pembentukan kalifah global.



Namun, dalam jawapannya, MHA berkata siasatan ISD terhadap Zulfikar bagi kegiatan berkaitan pengganasan meliputi beberapa aspek.



Menurut isteri Zulfikar lagi, beliau masih di Singapura bersama dua anak mereka yang paling muda. Namun, empat lagi anak lelaki mereka telah pulang ke Melbourne.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >