Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku kaji contoh ekstremis di Asia Tenggara

Jun 02, 2022 | 05:30 AM



RANGKAIAN pengganas di Asia Tenggara yang didorong oleh fahaman pelampau yang ganas kekal berdaya tahan dan bahaya, walaupun penguatkuasaan undang-undang yang kukuh telah dilaksanakan selama hampir dua dekad sejak serangan pengganas di Bali pada Oktober 2002.



Namun, usaha memberi tumpuan pada ancaman fizikal yang mungkin timbul akibat pengganasan sahaja gagal menangani masalah itu secara keseluruhan.



Sebaliknya, buku bertajuk IslamEkstremis: Pengecaman dan Respons di Asia Tenggara (Extremist Islam: Recognition and Response in Southeast Asia) yang dilancarkan minggu lalu oleh Ketua Pusat Antarabangsa Bagi Penyelidikan Keganasan Politik dan Pengganasan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Kumar Ramakrishna, menggalak agar tumpuan juga diberi kepada ekosistem ideologi lebih meluas yang melibatkan individu, tempat dan wadah yang membolehkan kumpulan ancaman ini terus berleluasa.



Dalam buku sekitar 500 halaman yang diterbitkan Oxford University Press itu, Profesor Kumar mengkaji empat contoh ekstremis dari rantau ini serta apakah faktor yang mempengaruhi kepercayaan dan tindakan mereka.



Mereka termasuk Wan Min Wan Mat, bekas anggota kanan Jemaah Islamiyah (JI) yang sudah pulih dari Malaysia, yang juga berkhidmat sebagai pensyarah universiti sebelum ini; Zulfikar Mohamad Shariff, seorang warga Australia kelahiran Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menggalak pengganasan; Abu Hamdie, bekas militan daripada kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di Filipina; serta Aman Abdurrahman, seorang warga Indonesia yang memimpin rangkaian ekstremis Jamaah Ansharut Daulah dan dianggap sebagai ketua bagi semua penyokong ISIS di Indonesia.



Dalam buku itu, Profesor Kumar turut menarik perhatian tentang ekstremisme Salafabi, yang boleh disifatkan sebagai gabungan Wahabisme dan Salafisme.



Menurutnya, ekstremisme Salafabi ini mempunyai dua bentuk, iaitu Islamis Salafabi yang lembut dan tidak ganas, serta jihadi Salafi Salafabi yang ganas dan keras.



"Buku ini ingin menyampaikan bahawa Islamis Salafabi yang lembut mempunyai DNA teologi yang sama dengan jihadi Salafi Salafabi yang keras.



"Kedua-duanya - Islamis Salafabi yang lembut dan jihadi Salafi Salafabi yang keras - merupakan ekstremis Salafabi. Mereka hanya beroperasi dalam bentuk yang berbeza iaitu yang keras dan lembut.



"Oleh itu, Islamis Salafabi yang lembut lebih tepat difahami sebagai tidak ganas... berbanding benar-benar bukan ganas. Ini berbeza.



"Oleh itu, Islamis Salafabi yang lembut juga boleh dikatakan satu keprihatinan dasar," ujar Profesor Kumar.



Dalam bukunya, Profesor Kumar juga menekankan mengapa respons Asia Tenggara terhadap ancaman radikal secara keseluruhan memerlukan kerjasama untuk memastikan masyarakat Muslim menjauhi cara pemikiran ekstremisme Salafabi yang tegar yang tidak mengambil kira konteks mereka.



Sebaliknya, mereka harus mendakap nilai dan kepercayaan Islamik yang fleksibel dan toleran, yang juga autentik dari segi teologi serta sesuai dengan realiti masyarakat Asia Tenggara yang berbilang budaya dan bersifat global.



Oleh itu, Profesor Kumar menarik perhatian strategi 4M - kandungan mesej, pembentukan mesej, penyebaran mesej dan penerimaan mesej - dalam usaha menggalak naratif alternatif yang berkesan terhadap ekstremisme Salafabi.




"Terdapat perkembangan global kontemporari seperti yang dilihat di Ukraine, dalam konflik geopolitik, gangguan digital, kebangkitan trend pelampau kanan, sifat eksklusif dan polarisasi yang mungkin mempunyai akibat serius pada Islam dan Muslim di Singapura.

Sesetengah daripadanya termasuk garis pemisah sosial yang lebih mendalam, polarisasi lebih meluas dan cabaran kepada pihak berkuasa.

Dengan perkembangan ini, adalah penting kepimpinan agama kita kekal kukuh dan berupaya memberi respons kepada cabaran ini dengan serius dan bersemangat.

Terdapat risiko yang perlu ditangani, peluang dalam tradisi Muslim kita yang boleh dimanfaatkan dan cabaran baru yang telah timbul, yang perlu diatasi."

- Mufti, Dr Nazirudin Nasir semasa menyampaikan ceramah bertajuk Memikirkan Semula Islam Dalam Konteks: Risiko, Peluang dan Cabaran di Rahat RRG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >