Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku koleksi kisah inspirasi 10 bapa dilancar

Sep 17, 2017 | 05:30 AM



SEBUAH buku dwibahasa berjudul Kilauan Kasih - 10 Kisah Bapa Inspirasi yang menampilkan koleksi kisah inspirasi 10 bapa mengenai cinta dan pengalaman, dilancarkan semalam.



Buku tersebut yang diterbitkan oleh Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Pusat Kebapaan (CFF) dengan kerjasama Berita Harian (BH), bertujuan menggalakkan kaum bapa memainkan peranan lebih aktif dalam proses keibubapaan selain menekankan pentingnya mengongsi tugas mendidik anak-anak.



Ditulis oleh koresponden BH, Encik Norman Sawi, buku tersebut dilancarkan semasa seminar keibubapaan berjudul Bersama Menjadi Ibu Bapa Berjaya anjuran bersama AMP dan CFF di Hotel Crowne Plaza semalam.



Tetamu terhormat majlis itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang melancarkan buku tersebut, dalam ucapannya menyatakan adalah penting memperkukuh institusi perkahwinan bagi membangunkan anak-anak yang berdaya tahan.



"Kajian menunjukkan secara purata, kanak-kanak yang mempunyai pengalaman kekeluargaan daripada kededua ibu dan bapa memiliki perwatakan, pendidikan, kognitif dan sosial yang lebih baik berbanding anak-anak lain," ujarnya.



Dalam pada itu, Dr Faishal turut mengajak kaum bapa agar sama-sama menyingsing lengan dalam mendidik anak lebih-lebih lagi kini kebanyakan ibu juga keluar bekerja.



Menurutnya, jumlah keluarga yang mempunyai dwipendapatan kini meningkat hampir 20 peratus antara 2005 dengan 2015.



Meskipun demikian, peranan tradisional ibu dan bapa masih kekal sama di kalangan pasangan yang bekerja.



Ini bermaksud isteri yang bekerja masih menyumbang lebih kepada penjagaan anak-anak dan kerja rumah manakala suami pula menyumbang kepada kewangan keluarga sahaja.



"Ini bermakna ibu kini terpaksa mengalami tekanan tambahan memegang pekerjaan sepenuh masa dan pada masa yang sama menguruskan hal rumah tangga," katanya lagi.



Justeru, beliau menyambut baik penerbitan buku ini yang diharap dapat memberi perangsang kepada para bapa.



Antara bapa yang diketengahkan dalam buku itu termasuk Mufti Dr Fatris Bakaram, dan pemilik Amani Services Pte Ltd, Encik Mohamed Noh Ismail.



Semasa seminar keibubapaan yang diadakan buat kali kedua itu, ia turut menampilkan Mufti sebagai penceramah.



Turut ditampilkan ialah penceramah motivasi terkenal dari Malaysia, Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah.



Mereka yang berminat untuk membeli buku itu bolehlah mendapatkannya di kedai buku Popular dengan harga $24 setiap satu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >