SEMANGAT gotong-royong umat Islam di Singapura sering diperkatakan, namun belum pernah dibukukan dengan agak lengkap.
Kesedaran inilah yang mencetuskan pembentukan Jawatankuasa Projek Buku Badan Melayu/Islam pimpinan Hj Wan Hussin Zoohri, mantan anggota parlimen dan aktivis masyarakat yang terkemuka.
Buku yang bakal menyorot ratusan badan Melayu Islam sejak awal abad ke-20 itu akan diterbitkan sempena menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara ini.
Demikian antara isi sidang akhbar sulung Projek Buku Badan Melayu/Islam tadi yang dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Izzuddin Taherally ekoran keuzuran Hj Wan Hussin.