MASYARAKAT kini dapat menyusur sumbangan golongan ilmuwan dan budayawan di kalangan generasi perintis setempat menerusi satu siri penerbitan yang dilancarkan semalam.
Penerbitan Siri Warisan Melayu Singapura oleh Yayasan Warisan Melayu (MHF) itu merupakan sebahagian usaha mendokumentasi dan terus memelihara warisan intelek dan budaya masyarakat Melayu setempat bagi manfaat segenap lapisan masyarakat.