Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan Bahasa 2021 mahu galak penyertaan seisi keluarga: Rahayu

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



MENGGALAK seisi keluarga daripada pelbagai peringkat usia untuk turut melibatkan diri dalam program-program yang bakal diketengahkan sepanjang sambutan Bulan Bahasa tahun ini.



Demikian antara fokus yang dikongsi Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2021, Cik Rahayu Mahzam, sewaktu sidang media maya semalam.



Dengan mengekalkan tema Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita, kempen tahun ini yang bakal berlangsung dari 14 Ogos hingga 10 Oktober, juga akan terus memuatkan program yang dijalankan menggunakan wadah seperti Zoom dan media sosial seperti Facebook.



Ini menyusuli kejayaannya dalam menganjurkan acara tahunan tersebut dalam talian buat julung kalinya tahun lalu, menurut Cik Rahayu.



Seperti tahun lalu, majlis pelancaran pada 4 September akan disiarkan sekali lagi di televisyen melalui saluran Suria mulai 8.30 malam



Keghairahan serta ketekunan juga dapat dirasakan antara rakan kerjasama Bulan Bahasa 2021 bagi menjayakan edisi maya buat tahun kedua, tambah Cik Rahayu.



"Setelah menyesuaikan diri dengan pandemik dan juga Bulan Bahasa edisi maya buat julung-julung kalinya tahun lalu, rakan kerjasama kami kembali dengan lebih gigih pada tahun 2021.



"Walaupun terdapat banyak cabaran dan ketidakpastian yang terus kita hadapi, ketekunan dan dedikasi masyarakat kita menyerlah khususnya melalui minat dan perjuangan mereka bagi bahasa Melayu kita," katanya.



Menurut Cik Rahayu lagi, usaha melibatkan seluruh ahli keluarga dalam program Bulan Bahasa tahun ini menyusuli kemerosotan dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di rumah dalam kalangan masyarakat Melayu seperti yang diterbitkan dalam laporan Banci Penduduk 2020 baru-baru ini.



Namun begitu, beliau berpendapat kecekapan masyarakat Melayu berdwibahasa merupakan satu perkara yang baik dan perlu terus dipupuk.



"Ini adalah satu konteks baru yang perlu kita terima dan akui. Oleh itu, kita harus mencari jalan baru bagi bahasa Melayu agar ia terus aktif digunakan di rumah antara generasi, keluarga dan rakan-rakan.



"Jadi kita berharap program-program yang disajikan dapat memberikan peluang dan manfaat serta memberi tip kepada ibu bapa dan keluarga untuk terus menggalakkan anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Melayu di rumah," ujar Cik Rahayu.



Dengan pelbagai wadah digital yang tersedia ini, jawatankuasa Bulan Bahasa juga telah menggalak rakan-rakan kerjasama mereka untuk terus menggunakan wadah-wadah yang sedia ada ini dengan cara yang lebih kreatif.



Antara kegiatan yang akan ditawarkan ialah Bengkel Bayang Boneka oleh Bayang Troupe.



Dalam bengkel itu, ibu bapa dan anak-anak dapat bersama mempelajari cara membuat wayang kulit dan berpeluang mempersembahkan cerita mereka sendiri sebagai satu keluarga.



Berkongsi tentang pertimbangan yang diambil dalam pemilihan program-program Bulan Bahasa tahun ini, anggota Jawatankuasa Bulan Bahasa, Encik Chairul Fahmy Hussaini berkata:



"Asasnya, ialah apa yang cuba kita lakukan adalah untuk membangkitkan semangat masyarakat untuk turut serta.



"Seperti yang kita tahu, Bulan Bahasa diadakan saban tahun dan ramai yang berpendapat bahawa ia satu acara yang serupa setiap tahun. Namun sebenarnya tidak.



"Usaha kita adalah untuk mempelbagaikan program yang ada dengan mendorong rakan-rakan kerjasama untuk menawarkan dan mengetengahkan idea-idea dan program baru selain memanfaatkan saluran media sosial."



Sewaktu sidang media maya itu, Cik Rahayu turut mengumumkan tiga Duta Bahasa yang baru dilantik, terdiri daripada pengamal dan penyelidik seni, Dr Noramin Farid; penyanyi dan pendidik, Encik Hyrul Anuar; dan personaliti setempat dan pengarah kreatif, Cik Marina Yusoff.



Individu-individu itu dipilih berdasarkan penguasaan dan minat mereka terhadap bahasa Melayu dan pelibatan mereka dalam masyarakat.



Sementara itu, orang ramai juga dijemput untuk menyertai Koir Maya di mana mereka boleh menghantarkan rakaman video mereka menyanyikan lagu Bulan Bahasa, iaitu Bahasa Menjunjung Budaya.



Video-video itu akan disertakan dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa yang akan disiarkan pada acara pelancaran tersebut.




"Ini adalah satu konteks baru yang perlu kita terima dan akui. Oleh itu, kita harus mencari jalan baru bagi bahasa Melayu agar ia terus aktif digunakan di rumah antara generasi, keluarga dan rakan-rakan.

Jadi kita berharap program-program yang disajikan dapat memberikan peluang dan manfaat serta memberi tip kepada ibu bapa dan keluarga untuk terus menggalakkan anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Melayu di rumah."

- Cik Rahayu Mahzam, Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa yang juga Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >