Bunker polis lama dekat Chinatown dibuka kepada umum

NUR ADILAH MAHBOB

BUAT julung-julung kalinya, sebuah bunker polis yang terletak di atas bukit Pearl's Hill Terrace dekat Chinatown akan dibuka kepada orang ramai.

Bangunan satu tingkat yang dahulunya menempatkan Bilik Operasi Gabungan itu merupakan pusat nadi komunikasi polis dari 1956 hingga 1980-an.

Satu pameran Home Team SG50 akan diadakan di bangunan itu selama tiga bulan bermula esok hingga 31 Januari.

Anjuran Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Lembaga Warisan Negara (NHB) dan Pasukan Polis Singapura (SPF), pameran itu dilancarkan Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, hari ini, Isnin.

Masuk adalah percuma tetapi orang ramai boleh menghubungi 98935140 atau e-mel fcor@mha.gov.sg untuk membuat pendaftaran.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.