Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bunuh isteri: Suami dijel 10 tahun lepas tuduhan dikurang

Nov 02, 2015 | 03:22 PM



BEBERAPA jam sebelum dia seharusnya pulang ke China, seorang penganggur membuat percubaan terakhir memujuk isterinya mengikutnya.


Isterinya, seorang pendandan, enggan dan berkata beliau lebih suka mati di Singapura.


Pergaduhan mereka menjadi pergelutan di atas katil hingga Hu Ziqing, 58 tahun, mencekik isterinya, Cik Liu Bijiao, 41 tahun.


Hu melepaskan cengkamannya hanya selepas polis mengetuk pintu flat mereka di Choa Chu Kang Avenue 2 dalam kejadian kira-kira 4 pagi pada 8 Ogos 2013 itu.


Pada Isnin (2 Nov), Hu, kini 61 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan membunuh tanpa niat.


Pada asalnya, Hu dikenakan tuduhan membunuh tetapi ia dikurangkan kerana dia mengalami penyakit psikiatri yang mengurangkan kebertanggungjawaban mentalnya bagi perbuatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >