Bunuh temanita: Lelaki dipenjara dan dirotan

SEORANG lelaki warga Singapura berusia 41 tahun yang menyesakkan nafas teman wanitanya yang berusia 32 tahun hingga mati telah dijatuhi hukuman penjara 9 tahun 6 bulan dan disebat tiga kali.

Kejadian berlaku di flat sewa dua bilik di Blok 406 Ang Mo Kio Avenue 10 pada 2014, yang disewa lelaki itu.

Jackson Lim Hou Peng mengaku salah terhadap tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh selain satu lagi tuduhan memakan dadah tiruan, methamphetamine atau juga dikenali sebagai Ice.

Mahkamah tinggi hari ini mendengar bahawa Lim membunuh Cik Tran Cam Ny, yang bekerja sebagai penyanyi, penari dan pelayan di sebuah kelab malam KTV, sebagai usahanya untuk mententeramkan mendiang yang menjadi histeria selepas menyedut Ice bersama di flat Lim.

Bimbang akan bunyi bising akan didengar jiran tetangga yang akan menghubungi polis, yang boleh menyebabkan kedua-duanya tertangkap kerana mengambil dadah, Lim menutupnya dengan sehelai selimut untuk menghentikannya daripada menjerit.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.