Butik Dover Street Market akan dibuka di Dempsey Road

KAWASAN Dempsey di Tanglin Village akan dibangunkan semula sebagai sebuah pusat runcit serta makanan dan minuman (F&B), dengan perniagaan termasuk butik pelbagai jenama, Dover Street Market, juga akan membuka kedai mereka di situ.

Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) hari ini, Selasa (15 Disember), mengumumkan tender bersama bagi Blok 17 dan Blok 18 Dempsey Road itu telah diberikan kepada syarikat COMO Lifestyle Pte Ltd.

Bidaan COMO Lifestyle merupakan yang tertinggi di kalangan enam bidaan yang diterima.

Menurut saranan yang dikemukakan, satu konsep baru dipanggil "COMO Dempsey" akan merangkumi kedai runcit Dover Street Market, restoran berkonsep Jean-Georges Vongerichten dan COMO Cuisine, yang menawarkan hidangan menu daripada restoran-restoran itu di serata dunia.

Ia juga akan menempatkan restoran Peranakan setempat Candlenut oleh Cef Malcolm Lee.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.