RAKYAT Singapura yang layak bakal menerima surat memaklumkan mereka tentang manfaat baucar GST pada minggu pertama Julai.
Surat kepada 1.6 juta rakyat itu juga akan memberikan maklumat mengenai faedah-faedah lain seperti tokokan Medisave dan rebat Yuran Perkhidamatan dan Konservansi (S&CC).
Dalam Belanjawan 2015, pemerintah telah memaklumkan tentang peningkatan sebanyak $50 dalam baucar GST tahunan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam perbelanjaan sara hidup mereka.
Rakyat Singapura yang layak akan menerima sehingga $300 dalam bentuk wang tunai dan baucer GST pada 2015.
Sekitar 1.3 juta rakyat bakal menerima agihan tersebut pada 1 Ogos.