SINGAPURA menjadi negara Asia pertama menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat yang membolehkan pihak berkuasa penerbangan awam di sini bertindak bagi pihak rakan sejawatannya di Amerika dalam bidang penyenggaraan dan pembaikan pesawat.
Sebelum ini, syarikat aeroangkasa berpangkalan di Singapura perlu disahkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) sebelum boleh memperbaiki pesawat berdaftar di Amerika.