Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabaran Presiden jaya kumpul $16.9j, beri manfaat 82 agensi

Jumlah tertinggi sejak 2000
Mar 01, 2023 | 05:30 AM



CABARAN Presiden (PC) 2022 berjaya mengumpulkan $16.9 juta, jumlah tertinggi sejak 2000.



Ini dapat menyokong dan memberi manfaat kepada 82 agensi berikutan yang diumumkan oleh Presiden Halimah Yacob di Montfort Care Goodlife di Telok Blangah semasa pelancaran Cabaran Presiden 2023 pada Selasa.



"Cabaran Presiden menyatukan sukarelawan untuk membantu golongan yang memerlukan dan menggerakkan sumber komuniti pada masa yang diperlukan.



Ia amat menggembirakan apabila melihat sambutan dan komitmen daripada penderma, rakan kongsi dan sukarelawan kami," kongsi Presiden Halimah Yacob yang menghargai usaha dan kemurahan hati mereka.



Tema Cabaran Presiden tahun ini adalah 'Menjaga Penjaga' (Caring for Caregivers) dan program baru Montfort Care yang dipanggil Care Navigators akan menjadi salah satu daripada beberapa program yang akan dibiayai oleh Cabaran Presiden tahun ini.



Ia bertujuan untuk memperkasakan penjaga dan bekas penjaga dengan menyediakan peluang pekerjaan melalui latihan dan penempatan pekerjaan.



"Penjaga mahu memberi kembali dan diberi kuasa untuk menyumbang kepada masyarakat. Tetapi mereka tidak mempunyai platform untuk berbuat demikian. Apabila penerima penjagaan meninggal dunia, kita perlu tahu apa yang seterusnya terjadi untuk penjaga," kata Encik Muhammad Afif Arifin, Penolong Pengurus Program di Montfort Care.



"Oleh itu, dengan semua pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, kami berharap dapat memanfaatkannya, supaya mereka boleh diambil bekerja sebagai penjaga, pengiring perubatan atau sokongan emosi melalui talian penting," tambahnya.



Montfort Care menawarkan rangkaian program yang komited untuk meningkatkan kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang menghadapi cabaran peralihan.



"Dengan latihan dan peningkatan kemahiran yang diperlukan, kami berharap dapat mencapai hasil di mana mereka boleh mendapatkan pekerjaan berasaskan kontrak," kata Encik Afif.



Justeru, ia juga penting bagi penjaga mencari diri mereka sendiri dan memenuhi keperluan mereka, disebabkan kebimbangan terhadap masa depan mereka ketika tua, dan menyiapkan diri menghadapi persaraan mereka.



"Oleh itu, ia adalah sangat penting semasa mereka menjalankan tugas penjagaan mereka, penjaga dapat memenuhi keperluan mereka yang lain seperti mencari pendapatan dan mendapatkan pekerjaan sambil menjaga keperluan fizikal dan emosi mereka," kata Puan Halimah lagi.



Sebagai contoh, Cik Cheong Siew Khum, 52 tahun seorang penjaga sepenuh masa kepada ibu dan kakaknya yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan telah mendapatkan perkhidmatan sokongan dari Montfort Care.



Dengan sokongan itu, beliau dapat memperoleh pekerjaan tetap sebagai pemegang buku sambilan, yang membolehkannya memperoleh pendapatan kecil dengan bekerja dari rumah, sambil menjaga keluarganya.




"Penjaga mahu memberi kembali dan diberi kuasa untuk menyumbang kepada masyarakat. Tetapi mereka tidak mempunyai platform untuk berbuat demikian. Apabila penerima penjagaan meninggal dunia, kita perlu tahu apa yang seterusnya terjadi untuk penjaga.

Oleh itu, dengan semua pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, kami berharap dapat memanfaatkannya, supaya mereka boleh diambil bekerja sebagai penjaga, pengiring perubatan atau sokongan emosi melalui talian penting."

- Encik Muhammad Afif Arifin, Penolong Pengurus Program di Montfort Care.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >