Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabul anak saudara 10 tahun: Lelaki dihukum penjara 81/2 tahun, sebat 8 kali

Jul 14, 2016 | 02:27 PM



SEORANG lelaki yang mencabul anak saudara perempuannya berusia 10 tahun pada 2013 dihukum penjara 81/2 tahun dan sebat lapan kali pada Khamis (14 Jul).



Lelaki itu, kini 46 tahun, mengaku bersalah terhadap satu tuduhan serangan seksual dengan penembusan. Satu tuduhan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang budak diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Namanya tidak boleh disiar untuk melindungi identiti budak itu.



Mahkamah diberitahu bahawa mangsa sangat rapat dengan lelaki itu dan isterinya, ibu saudara sebelah ibunya.



Dia memanggil mereka 'papa' dan 'mummy', dan sering pergi ke flat mereka semasa cuti sekolah dan hujung minggu panjang.



Pada 15 Ogos 2013, lelaki itu mengambil mangsa dari rumahnya di Toa Payoh pada waktu malam. Dia membiarkan budak itu menonton televisyen di flatnya pada kira-kira 10 malam dan pergi ke kerja.



Pada kira-kira tengah malam, dia pulang berbau arak.



Pada 1 pagi 16 Ogos, dia menyuruh budak itu tidur di katil di bilik utama, sebagaimana biasanya apabila budak itu tidur di rumahnya.



Tidak lama selepas itu, lelaki itu pergi baring di sebelah anak saudaranya itu. Dia memakai seluar pendek sementara budak itu memakai baju tidur.



Dia mula memeluk mangsa, dengan sangkaan budak itu sedang tidur. Mangsa tidak mengesyaki apa-apa dan menutup matanya.



Tidak lama kemudian, lelaki itu menembusi mangsa dengan jarinya. Dia berhenti apabila budak itu menangis kesakitan, mahkamah diberitahu.



"Oleh kerana keliru dan takut, mangsa terus baring di katil dengan matanya ditutup. Dia hanya tertidur selepas mendengar dengkur tertuduh," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sharmila Sripathy-Shanaz.



Selama beberapa hari selepas itu, mangsa masih risau mengenai kejadian tersebut tetapi bimbang akan akibatnya jika dia memberitahu ibu bapanya kerana dia sangat rapat dengan ibu saudaranya.



Pada 23 Ogos, dia akhirnya memberitahu ibunya, yang menghubungi isteri lelaki itu dan mereka bersetuju budak itu tidak harus menemui bapa saudaranya lagi.



Bulan berikutnya, bapa kanak-kanak itu mendapat tahu tentang kejadian tersebut dan menegaskan laporan polis harus dibuat.



Beliau telah membaca satu siri mesej teks di telefon budak itu di mana dia melahirkan kesedihan tidak dapat melihat ibu saudaranya lagi.



Seorang pakar psikiatri kanak-kanak yang menilai budak itu berkata dia melayan bapa dan ibu saudaranya seperti "ibu bapa kandung".



Pakar psikiatri itu menyatakan mangsa melaporkan berasa sedih, dikhianati dan kecewa terhadap bapa saudaranya. Dia juga berasa marah dan bimbang tentang ibu saudaranya, yang menyalahkannya.



Mangsa juga berulang kali memikirkan mengenai serangan itu dan ini menjejas mood, tidur dan selera makannya dan keinginan dia pergi sekolah atau melakukan kegiatan biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >