Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabul wanita di feri Batam - kurang empat bulan keluar jel bagi kesalahan serupa

Feb 05, 2016 | 09:56 AM



SEORANG pencabul bersiri meraba seorang wanita di atas sebuah feri Batam ke Singapura tiga kali di hadapan suami dan dua anaknya kerana berasa beliau mempunyai "tubuh yang baik", mahkamah dibertahu.


Tan Yew Song, 53 tahun, yang mempunyai rentetan sabitan mencabul sejak 1983, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Khamis (4 Feb) selepas mengaku bersalah bagi tiga tuduhan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan mangsa yang berusia 38 tahun itu - kurang empat bulan selepas beliau dibebaskan dari penjara.


Feri itu meninggalkan Terminal Feri Pusat Batam dan berada di perairan Singapura pada petang 3 Jan apabila Tan menyentuh punggung wanita tersebut apabila beliau berjalan melepasinya untuk memberi anaknya makanan.


Wanita itu fikir Tan tidak sengaja - walaupun dia melakukannya kali kedua apabila belkiau berdiri untuk mendapatkan air bagi anak-anaknya - dan membiarkannya sahaja.


Bagaimanapun apabila Tan mencabulinya kali ketiga, semasa beliau bangun untuk turun di Pusat Pelayaran Singapura, wanita itu berpaling dan memekik kepadanya: "Apa yang kamu buat."


Suaminya bersemuka dengan Tan yang cuba beredar. Dia memohon maaf, tetapi suami wanita itu meminta bantuan daripada pegawai imigresen, dan Tan ditahan.


Tan mengaku sengaja menyentuh wanita itu tiga kali dalam masa 15 minit kerana dia berasa belkiau mempunyai "tubuh yang baik".


Dia dijatuhi hukuman penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan, dengan dua daripada hukuman itu berjalan berasingan.


Hukuman penjara itu dikebelakangkan ke tarikh penahanannya pada 5 Jan.


Tan, seorang penganggur, mempunyai tujuh rekod kesalahan mencabul kehormatan, dan dua sabitan menghina kehormatan seorang wanita.


Pada 2001, dia dijatuhi hukuman tahanan pencegahan tujuh tahun dengan tujuh sebatan.


Mereka yang berumur lebih 50 tahun tidak boleh dikenakan hukuman rotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >