Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Calon ambil GCE 'A' tahun lalu tunjuk prestasi kedua terbaik sejak 2006

Feb 23, 2018 | 09:58 PM



CALON yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'A' tahun lalu menunjukkan prestasi kedua terbaik sejak kurikulum disemak sekitar 12 tahun lalu.



Daripada 12,502 pelajar yang menduduki peperiksaan itu tahun lalu sebagai calon sekolah, 11,624 pelajar menerima sekurang-kurangnya tiga gred kelulusan H2, serta lulus dalam Kertas Am atau Pengetahuan dan Inkuiri, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).



Kadar kelulusan tahun lalu sebanyak 93 peratus merupakan kenaikan daripada kadar 92.6 peratus yang diraih oleh kohort 2016.



Pelajar pada 2015 menetapkan ukurtara bagi kadar kelulusan tertinggi sejak kurikulum itu disemak pada 2006 iaitu pada 93.1 peratus.



MINAT SAINS



Antara pelajar yang menerima keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'A' mereka hari ini termasuk Lina Filzah Samsul Muarif, 19 tahun.



Pelajar Hwa Chong Institution itu amat meminati mata pelajaran sains itu dan beberapa rakan sekolahnya sebelum ini membuat kajian selama tiga tahun tentang kerosakan yang berlaku pada kereta api MRT.



Mei lalu, beliau dan dua rakannya telah membentangkan kertas kajian semasa Persidangan Kelab Pengkaji Antarabangsa mengenai Sains, Kejuruteraan dan Teknologi (Antarabangsa).



Ternyata, kerja keras mereka membuahkan hasil apabila kertas kerja yang dibentangkan diiktiraf sebagai “Kertas Terbaik” semasa persidangan itu.



CINTA BUDAYA DAN BAHASA MELAYU



Seorang lagi pelajar yang menerima keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'A' tadi ialah pelajar Maktab Rendah Tampines (TPJC), Fadhli Rusydi Fadzli, 18 tahun.



Fadhli terdorong menyertai TPJC kerana ingin menyertai Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) yang ditawarkan maktab rendah itu.



Fadhli yang juga presiden Persatuan Budaya Melayu di TPJC turut meraih inspirasi daripada guru bahasa Melayunya - Cik Rosemah Rashid dan Encik Ishak Latiff – untuk terus mendalami bahasa dan budaya Melayu.



KEADAAN KEWANGAN BUKAN PENGHALANG



Bagi pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah, Nur Hikmah Md Ali, 18 tahun, semangat kentalnya serta sokongan keluarga, teman dan gurunya merupakan antara faktor di sebalik kejayaannya dalam peperiksaan GCE Peringkat 'A' yang didudukinya tahun lalu.



Anak sulung daripada keluarga empat beradik itu meraih gred A bagi semua mata pelajaran yang didudukinya iaitu Kertas Am (GP), Syariah, Usuluddin, Bahasa Melayu H1, Kesusasteraan dan Bahasa Melayu H2 serta Bahasa Arab.



Ini meskipun keadaan kewangan keluarganya yang tidak mewah.



Bapanya, seorang pemandu teksi, merupakan pencari nafkah tunggal keluarga.



Bagi meringankan beban orang tuanya, Nur Hikmah mengajar tuisyen semasa hujung minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >