Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Calon NSP bidas WP kerana 'kacau daun' di MacPherson

Sep 04, 2015 | 12:22 PM



CALON Parti Perpaduan Nasional (NSP) Cheo Chai Chen telah membidas Parti Pekerja (WP) kerana tidak memberi jalan kepadanya hingga mengakibatkan pertarungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum di SMC MacPherson.


Dalam lembar iklan (flier) yang diedarkannya, Encik Cheo berkata: "Adalah dikesali, terdapat sebuah parti pembangkang angkuh yang tidak mahu bekerjasama."


Calon NSP berusia 64 tahun itu akan bertanding menentang muka baru WP, Encik Bernard Chen, 29 tahun, dan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Cik Tin Pei Ling, 31 tahun, yang akan mempertahankan kerusi kawasan undi perwakilan perseorangan (SMC) MacPherson itu.


Dalam lembar iklan tersebut, Encik Cheo juga melahirkan keprihatinannya mengenai isu Majlis Bandaran Aljunied Hougang Punggol East (AHPETC).


"Ramai daripada kita telah mendengar parti pemerintah mengetengahkan kekurangan-kekurangan parti pembangkang yang gagal menuruti dasar-dasar akaunting Majlis Bandaran.


"Kami amat prihatin. Jika saya diberi mandat oleh anda, kami sendiri akan menguruskan Majlis Bandaran," katanya.


Encik Cheo, mantan Anggota Parlimen (AP) bagi Nee Soon Central dari 1991 hingga 1997 semasa mewakili Parti Demokratik Singapura (SDP), juga berkata pengalamannya merupakan satu kelebihan.


"Saya pernah menjadi AP lebih lama dari Cik Tin," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >