Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Caltex turunkan harga, Sinopec naikkan harga minyak

Jan 25, 2022 | 05:30 AM



CALTEX telah mengurangkan harga pam minyaknya sementara Sinopec meningkatkan kadar harga minyak dalam pelarasan terkini yang dijejaki Persatuan Pengguna Singapura (Case).



Menurut Fuel Kaki, lelaman perbandingan Case, harga minyak Caltex kini dua sen lebih rendah berbanding Jumaat lalu.



Harga petrol oktana 92 dan petrol oktana 95 kini $2.65 dan $2.69 bagi setiap liter sebelum diskaun, sementara gred premium adalah $3.32 bagi setiap liter dan diesel pula $2.23 setiap liter.



Sinopec, pesaing terbaru dari China, yang dipercayai mendapatkan minyaknya dari Shell, mengurangkan harga petrol oktana 95 mereka sebanyak satu sen kepada $2.68 bagi setiap liter, tetapi menaikkan harga petrol oktana 98 sebanyak dua sen menjadi $3.15 dan gred premium sebanyak tiga sen kepada $3.28.



Perubahan terkini itu menyusuli pelarasan minggu lalu yang menyaksikan kebanyakan harga pam minyak naik sebanyak dua hingga tujuh sen, tetapi harga di Shell turun sebanyak satu sen.



Disebabkan perubahan terbaru itu, kadar diskaun juga telah berubah.



Sinopec, yang hanya mempunyai tiga stesen di sini, masih menawarkan minyak oktana 95 termurah pada harga $2.10 bagi setiap liter (daripada $2.08 minggu lalu), diikuti dengan Caltex di mana petrol popular itu berharga $2.18 jika dibayar menggunakan kad OCBC Voyage (daripada $2.20 minggu lalu).



Kadar bagi kad kredit lain berharga antara $2.21 dengan $2.31 - sama seperti di Esso.



Harga termahal bagi oktana 95 adalah di Shell iaitu $2.41 bagi setiap liter (kad UOB One).



Bagi kebanyakan kad kredit besar yang lain, gred 95 di Shell berharga $2.30 bagi setiap liter.



Harga minyak oktana 95 di SPC adalah $2.25 bagi setiap liter setelah diskaun kad kredit.



Harga pam minyak telah meningkat sejak pertengahan 2020 sedang permintaan untuk produk minyak meningkat seiring dengan kebangkitan ekonomi dunia dari pandemik.



Sejak itu, minyak paling popular oktana 95 telah meningkat sebanyak 50 sen bagi setiap liter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >