Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Canada dapati tidak berasas dakwaan warga S'pura yang mohon perlindungan pelarian

Aug 02, 2016 | 10:24 AM



SEORANG hakim Canada menolak percubaan seorang warga Singapura mendapatkan perlindungan pelarian di Vancouver, setelah mendapati dakwaannya bahawa beliau berpotensi mengalami penganiayaan di Singapura tidak berasas.



Jedidiah Ian Tan, 23 tahun, yang dikecualikan daripada Perkhidmatan Negara (NS) atas alasan perubatan selepas berkhidmat dua bulan, mendakwa pengecualian itu boleh dibatalkan dan beliau tidak mempunyai pembelaan di Singapura kecuali keadilan tentera.



"Pelarian yang menuntut perlu mengemukakan bukti jelas dan meyakinkan yang relevan dan boleh dipercayai, dan mencukupi untuk meyakinkan tribunal bahawa perlindungan negara tidak mencukupi," kata Hakim Cecily Y. Strickland dalam alasan bagi keputusan beliau minggu lepas.



Hakim Mahkamah Federal Canada itu berkata pihak berkuasa Singapura "bertindak dengan munasabah dan cepat" dalam mengecualikan Encik Tan daripada NS.



"Bukti dokumentari menunjukkan keselamatan askar diambil serius dan kegagalan berbuat demikian sering menerima penelitian awam besar," katanya.



"Sabagai tambahan, bukti mengenai orang yang mengalami keadaan sama menunjukkan Singapura mempunyai langkah yang telah diletak bagi menangani ketidakupayaan fizikal dan mental anggota Perkhidmatan Negara dan layanan buruk ke atas mereka oleh orang lain dalam tentera."



Encik Tan memohon kepada mahkamah di British Columbia bagi semakan kehakiman terhadap keputusan oleh Bahagian Rayuan Pelarian (RAD), Lembaga Imigresen dan Pelarian Canada, tahun lalu yang menolak kesnya hendak mendapatkan perlindungan sebagai pelarian.



Memasuki Canada pada Januari tahun lepas, beliau berjaya pada Mei tahun lalu dalam permohonannya pada Bahagian Perlindungan Pelarian (RPD) untuk layak menjadi pelarian yang memerlukan perlindungan.



Encik Tan mendakwa beliau menghadapi penganiayaan di Singapura sebagai orang lelaki yang diberi pengecualian perubatan daripada NS.



Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan atas rayuan oleh RAD, dan Encik Tan kemuidian membuat permohonan di mahkamah itu.



RAD tidak yakin "Singapura tidak akan munasabah dalam memberi perlindungan negara mencukupi jika (Encik Tan) cuba mendapatkannya".



Beliau didiagnosis mengalami masalah keluk tulang belakang, dan mengalami sakit belakang serta sukar berjalan dan tidak boleh duduk lama.



Bagaimanapun, beliau didapati sesuai bagi NS dan melapor diri bagi latihan pada Disember 2013.



Encik Tan mendakwa latihan sukar dan menyebabkan beliau merana secara psikologi dan fizikal. Selepas beberapa siri perundingan perubatan, Encik Tan dimaklumkan pada 23 Mei 2014 beliau dikecualikan daripada perkhidmatan.



Encik Tan mendakwa beliau dikecualikan atas alasan psikologi, dan selepas dikecualikan, beliau dan bapanya menerima panggilan telefon dan mesej teks daripada beberapa pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) daripada bekas platunnya, yang mengancam akan membuat beliau dipaksa kembali meneruskan latihan tenteranya.



Beliau juga mendakwa bimbang pengecualian itu akan dibatalkan dan akan menghadapi diskriminasi pekerjaan memandangkan beliau dikehendaki menyatakan sejarah tenteranya apabila memohon pekerjaan di sini.



RAD, dalam menolak tuntutan Encik Tan, mendapati oleh kerana beliau bukan lagi seorang askar kerana pengecualian itu, beliau berhak mendapatkan tebus rugi daripada pihak berkuasa awam jika pihak berkuasa tentera menimbangkan membatalkan pengecualian itu.



Bukti dokumen juga menunjukkan Singapura "mempunyai mekanisme berkesan bagi menangani penyalahgunaan dan rasuah dalam pasukan polis dan tentera", kata Hakim Strickland.



Beliau memutuskan tidak ada ketidakadilan prosedur pada pihak RAD hanya kerana ia melihat beberapa bukti yang sama dengan cara berbeza daripada RPD.



Hakim Strickland menambah bahawa RAD telah menunjukkan ada saluran perlindungan di Singapura terhadap diskriminasi pekerjaan dan Singapura bukan tidak munasabah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >