Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara periksa tempat mengundi

Sep 18, 2015 | 02:18 PM



PENGUNDI kini boleh periksa di laman web Jabatan Pilihan Raya (ELD) tempat bagi mereka membuang undi pada Hari Mengundi pada 11 September.


Mereka juga boleh mencetak kad undi ePoll daripada laman www.eld.gov.sg itu.


Salinan keras kad undi akan dihantar ke alamat kediaman pengundi sebelum Hari Mengundi.


ELD menyatakan pengundi yang telah berpindah tetapi mendaftarkan alamat baru mereka selepas 1 Februari tetap akan mengundi di kawasan undi alamat lama mereka.


Sekitar 2.46 juta rakyat Singapura, selain 4,868 pengundi luar negara, layak mengundi Jumaat depan. Semua 89 kerusi dipertandingkan buat pertama kali sejak merdeka.


Pengundian di 832 pusat mengundi seluruh negara akan berlangsung dari 8 pagi hingga 8 malam.


Pengundi diingatkan supaya membawa kad pengenalan atau pasport dan kad undi untuk mengundi.


Mereka mesti menandakan pilihan mereka dengan tanda 'X' pada kertas undi, yang mesti dimasukkan ke dalam peti undi sebelum mereka meninggalkan tempat mengundi.


ELD sedang mengambil langkah untuk memudahkan warga tua, orang kurang upaya dari segi fizikal dan cacat penglihatan mengundi.


Kemudahan akan disediakan di tempat mengundi bagi kenderaan menurunkan pengundi tua atau kurang upaya. Satu barisan keutamaan akan disediakan bagi kumpulan pengundi ini.


Kerusi roda juga akan disediakan bagi mereka yang memerlukannya, dengan petak mengundi dilengkapi dek lebih rendah supaya mereka boleh menandakan kertas undi mereka dengan lebih mudah.


Bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan, stensil akan disediakan supaya mereka boleh menandakan kertas undi mereka sendiri tanpa bantuan, walaupun seorang pegawai pengundian akan membantu jika diminta.


Pegawai Pilihan Raya, Encik Ng Wai Choong, berkata semalam: "Ini sebahagian daripada usaha berterusan kami bagi membolehkan mereka yang kurang bernasib baik melaksana hak mereka secara bebas, dan bergerak ke arah masyarakat lebih inklusif."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >