Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CASE beri amaran terhadap firma sewa kereta

Aug 11, 2014 | 02:45 PM



PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) memberi amaran kepada sebuah syarikat kereta sewa terhadap aduan yang kerap diterima mengenai syarikat tersebut.


Case berkata bahawa ia menerima enam aduan yang dikemukakan terhadap Ace Drive, sebuah syarikat penyewaan kereta yang terletak di Ubi Avenue 3, dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, dan lima daripada aduan-aduan tersebut mengenai bayaran yang dibuat oleh para pelanggan yang syarikat tersebut kemudiannya memberitahu mereka bahawa ia belum lagi menerima bayaran itu.


Pengarah Eksekutif Case, Encik Seah Seng Choon berkata, seorang kakitangan syarikat akan memberitahu bahawa dia telah membayarkan sewa kereta, menggunakan wangnya sendiri, supaya kereta pelanggan tersebut terjamin dari pelanggan-pelanggan lain yang inginkan kereta yang sama.


Dia kemudiannya akan meminta supaya pelanggan tersebut membayar jumlah bayaran terus ke dalam akuan banknya.


Malangnya, Ace Drive akan memaklumkan kepada pelanggan bahawa tiada tempahan sewa dibuat, dan bahawa kakitangan tersebut sudah meninggalkan negara ini.


"Ia adalah satu situasi yang membimbangkan," kata Encik Seah.


Case berkata, ia cuba berunding untuk mendapatkan semula wang seorang pelanggan,tetapi syarikat itu menolak bahawa ia bertanggungjawab.


Pengguna-pengguna lain menuntut wang mereka menggunakan Tribunal Tuntutan Kecil, tetapi pengurusan Ace Drive enggan mengalah.


Ketika dihubungi akhbar The Straits Times, pengarah Ace Drive Encik Tan Boon Yeong mendakwa "kami tidak mengetahui sehingga pelanggan datang kepada kami untuk mengambil kereta mereka".


Beliau berkata: "Para pelanggan juga mempunyai tanggungjawab yang sama di dalam kes ini.


"Mereka membuat pembayaran ke akaun bank peribadi dan di luar premis kami. Apa yang kami boleh lakukan..?"


Tetapi Encik Chan Hwang, salah satu pelanggan yang terjejas, berkata: "Kami menerima invois cukai (untuk pembayaran kami) di kedai mereka dan dengan kehadiran pengurus jualan dan rakan-rakan sekerja yang lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >