Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Case timbang adakan garis panduan standard bagi dobi

Dec 16, 2015 | 01:44 PM



PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) sedang mengkaji satu set garis panduan standard bagi industri dobi, selepas kajiannya menunjukkan kebanyakan kedai tidak menerangkan kepada pelanggan perkara penting dalam terma dan syarat mereka.


Perkara penting itu termasuk ganti rugi di samping sejauh mana liputan dan had liabiliti mereka, umum Case dalam satu kenyataan media pada Rabu (16 Dis).


Case menjalankan kajian itu berikutan maklum balas bahawa sesetengah kedai enggan membayar pampasan kepada pelanggan selepas mereka merosakkan atau terhilang barangan mereka.


Dari Januari 2012 hingga November 2015, ia mengendalikan 71 aduan melibatkan industri dobi dan kira-kira 60 peratus daripada pertikaian itu mengenai perkhidmatan tidak memuaskan.


Sebagai sebahagian daripada kajian itu, pembeli misteri daripada Case melawat 30 kedai dobi serata pulau awal tahun ini untuk memerhati dan mengkaji semula amalan perniagaan dan terma serta syarat setiap kedai.


Berikut antara beberapa panduan Case bagi pelanggan kedai dobi:


* Sentiasa pastikan kedai dobi ada dasar bayaran balik betul bagi barang yang hilang atau rosak


* Periksa dengan teliti barang yang dipulangkan dan beri maklum balas mengenai sebarang masalah, misalnya kehilangan atau kerosakan barang, dengan segera


* Simpan semua resit atau invois asal


* Beri perhatian pada label penjagaan barang dan tonjolkan arahan pembersihan kepada kedai dobi


* Kemuka tuntutan di Case atau Tribunal Tuntutan Kecil jika tidak dapat menyelesaikan pertikaian dengan kedai dobi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >