LIMA majlis Pembangunan masyarakat (CDC) setempat akan mengetengahkan projek mereka masing-masing menerusi acara jalan pantas di Marina Bay Ahad ini, yang akan disertai Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.
Acara yang diberi nama CDC Celebrating Communities itu adalah yang pertama dianjurkan secara bersama oleh kelima-lima CDC bersempena sambutan ulang tahun negara yang ke-50.