SEDANG Singapura menghadapi sekitaran ekonomi yang tidak menentu, isu mencabar seperti bilangan penduduk yang semakin menua dan keharmonian antara kaum terus menjadi keprihatinan.
Bagi menangani keprihatinan penduduk dan membantu mereka menghadapi isu yang menjejas mereka, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East.