WALAUPUN digelar 'cef' di rumah sebab selalu masak, saya terpinga-pinga apabila disuruh cuba menyiapkan burger Ramly di sebuah gerai bazar Ramadan di Geylang Serai.
Apabila membeli hidangan popular itu, ia kelihatan senang disiapkan - goreng patti daging lembu atau ayam, kemudian salutinya dengan telur dan apabila kedua-duanya sudah masak, letak daging itu di antara dua keping roti burger yang sudah disapu mentega, kemudian taruh mayonis, sos cili dan sos barbeku.