Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cegah pesalah berulang

Pergas, Mendaki, AMP, Masjid Khalid usaha program
Jun 17, 2016 | 05:30 AM



DENGAN bilangan banduan Melayu yang meringkuk di penjara terus menjadi keprihatinan masyarakat, beberapa badan Melayu/Islam setempat berganding bahu merintis program bagi menangani masalah pesalah berulang.



Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Mendaki dan Angkatan Karyawan Islam (AMP) mengusahakan program Insan Mukmin bagi memberi bimbingan keagamaan selain sokongan sosial kepada mereka yang baru dibebaskan dari penjara.



Program itu melengkapi program sedia ada yang memberi bimbingan dan sokongan kepada banduan menerusi kelas dan kaunseling keagamaan di penjara.



Insan Mukmin turut disokong Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Liga Muslim Kadayanallur Singapura (SKML), selain Masjid Khalid yang menyediakan tempat bagi kegiatan program.



Eksekutif Jabatan Pendampingan Dakwah Masyarakat, Pergas, Ustaz Muhammad Izzam Ahmad, berkata: "Tujuan program ini ialah cuba membangkitkan semangat memperkuat azam memulakan hidup baru."



Kelmarin, peserta program Insan Mukmin berkumpul di Masjid Khalid untuk sesi iftar.



Mereka disertai Setiausaha Parlimen (Kementerian Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin.



Diminta mengulas, Encik Amrin berkata beliau menghargai komitmen semua yang menjayakan program tersebut - daripada tenaga relawan hinggalah bekas pesalah dan keluarga mereka.



"Program ini adalah satu contoh inisiatif baik yang diusahakan masyarakat dan relawan Melayu/Islam kita. Setiap kita boleh memainkan peranan dalam proses membangunkan semula kehidupan bekas pesalah dan keluarga mereka," kata beliau.




Pergas, Mendaki, AMP, Masjid Khalid usaha program "Program ini adalah satu contoh inisiatif baik yang diusahakan masyarakat dan relawan Melayu/Islam kita. Setiap kita boleh memainkan peranan dalam proses membangunkan semula kehidupan bekas pesalah dan keluarga mereka."



- Encik Amrin Amin



Laporan penuh:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >