Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cemas bila pementasan pada 1985 hampir dibatal

Oct 23, 2016 | 05:30 AM



PELAKON veteran M. Saffri A. Manaf tidak dapat melupakan rasa kelam-kabut dan kecewa, yang turut dirasakan pelakon lain, apabila mendapat tahu bahawa pementasan mereka mungkin dibatalkan.



Ini kerana pemain piano bagi pementasan JIN, sebuah persembahan Jenaka Bangsawan, jatuh sakit pada malam latihan penuh persembahan mereka. Beliau juga tidak dapat hadir pada malam pementasan yang diadakan di pentas Panggung Victoria pada 1985 itu kerana masih belum pulih.



"Memang kami kelam-kabut ketika itu kerana alunan piano sangat penting dalam sesebuah persembahan Bangsawan Asli mahupun Jenaka Bangsawan.



"Mujur berkat usaha semua, kami dapat cari pengganti di saat-saat akhir," katanya.



Menurut M. Saffri, ia merupakan antara kenangan yang tidak dapat dilupakannya sepanjang kerjaya beliau sebagai pelakon.



Tahun ini, M. Saffri bersama beberapa pelakon veteran lain seperti Norsiah Hamid dan Ariff Esa bakal menghiasi pentas Panggung Victoria sekali lagi dalam pementasan Malam Lawak Sastera: Sayang di Sayang.



Beliau, yang mula berlakon teater pada 1973, berkata perbezaan teater dahulu dan sekarang amat ketara.



"Sudah tentu teater serta pementasan pada masa itu tidak semoden dan secanggih sekarang, tetapi perbezaan tersebut tidak sepatutnya dijadikan 'kayu ukur' bagi sesuatu persembahan.



"Apa yang ketara ialah persembahan teater Melayu agak kurang," kata beliau yang kali pertama berlakon teater dalam pementasan bangsawan Jula Juli Bintang Tiga pada 1973.



Sebelum itu beliau terlibat dalam drama radio dan berlakon di televisyen.



"Sebenarnya saya lebih gemar berlakon di TV kerana dalam teater kami perlukan penghafalan yang baik dan masa yang banyak untuk latihan.



"Tetapi cabaran teater menarik kerana kami mesti menghafal skrip dengan baik dan tepat, berlakon dengan yakin dan bersahaja kerana penonton melihat kami dari dekat," ujarnya.



M. Saffri berkata beliau gembira dapat mengambil bahagian dan menyumbang kepada seni sastera tanah air dan sekali gus menyuburkan kembali era pementasan Melayu di Panggung Victoria.



"Ini lebih-lebih lagi pementasan malam itu ialah satu persembahan istimewa yang selama ini menjadi 'rahsia' kerana penonton dapat melihat bagaimana drama radio direka dan dimainkan," katanya.



Pementasan itu akan diadakan di Panggung Victoria pada 5 November dari 8 hingga 10 malam sempena Pesta Penulis Singapura ke-19.




TIKET MALAM LAWAK SASTERA



Harga: Pelajar (tempatan dan luar negara) $15 Dewasa $30



Di mana boleh dibeli:

– Melalui kaunter atau hotline Sistic 6348-5555

– Dalam talian: Singapore Writers Festival 2016



SWF STAGE: MALAM LAWAK SASTERA (LITERARY COMEDY NIGHT)
http://www.sistic.com.sg/events/cswf2016d




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >