JUMLAH beg cenderahati Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang dihasilkan tahun ini akan dikurangkan selepas mengambil kira maklum balas daripada sebahagian rakyat Singapura yang berkata mereka tidak memerlukannya, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Heng.
Jawatankuasa eksekutif (Exco) NDP akan menghasilkan beg cenderahati Beg Singapura Bersama buat sekitar 80 peratus isi rumah, yang menurut Dr Ng adalah mencukupi berdasarkan pengalaman masa lalu.