Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cendikiawan Mesir diundang beri ceramah di Seminar Asatizah

Jan 24, 2014 | 07:25 PM



SEORANG ulama terkenal dari Mesir akan menyampaikan sebuah ceramah tentang warisan tradisi Islam di Seminar Asatizah esok.


Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Darul Ifta di Mesir, Syeikh Dr Amr Mostafa Hassanein Elwrdany, itu diundang khas oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).


Ceramah yang dikhususkan untuk golongan asatizah yang diundang itu akan diadakan di auditorium Hab Islam Singapura, Braddell Road, dari 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.


Dalam ceramahnya itu, Dr Elwrdany bukan hanya akan membincangkan tentang warisan Islam dalam bentuk sumbangan tulisan, tetapi metodologi pemikiran para ulama dahulu di sebalik tulisan mereka itu.


Seminar Asatizah itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Muis untuk membangunkan kebolehan para asatizah di Singapura.


Sebelum ini, seramai 16 asatizah berpeluang menyertai program kerja sambil belajar di luar negara (OAP) di Darul Ifta - sebuah institusi fatwa terkemuka di Kahirah, Mesir, Januari tahun lalu, .


Di sana, mereka menyelami pelbagai topik seperti prinsip fiqah, kemahiran membangunkan fatwa dan trend-trend keagamaan masa kini bersama Dr Elwrdany dan juga pensyarah yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >