Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO kumpulan FairPrice undur diri lepas 23 tahun

Nov 17, 2015 | 10:36 AM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan NTUC FairPrice, Encik Tan Kian Chew, 62 tahun, akan meletak jawatan akhir tahun ini selepas 23 tahun bersama koperasi pasar raya itu.


Bermula 1 Januari depan, Encik Tan akan menerajui Yayasan Buruh Singapura (SLF), yang menyokong perkembangan pergerakan kesatuan sekerja, sebagai ketua eksekutif.


CEO NTUC FairPrice bagi Singapura, Encik Seah Kian Peng, 54 tahun, akan menjadi CEO Kumpulan, mengawasi pertumbuhan perniagaan, pembangunan strategik dan pelaburan di Singapura dan luar negara Fairprice.


Sejak menjadi CEO pada 1997, Encik Tan memberi tumpuan pada usaha FairPrice menyederhanakan kos keperluan harian.


Ini termasuk memperkenal diskaun 2 peratus bagi warga emas pada Selasa dan diskaun 3 peratus bagi perintis pada Isnin, sekali gus memberi manfaat kepada lebih 170,000 warga emas setiap minggu, ujar NTUC FairPrice dalam satu kenyataan media.


Pada masa sama, jualan tahunan FairPrice meningkat daripada $752 juta pada 1997 kepada $ 3.2 bilion tahun lalu.


Encik Tan juga menubuhkan Yayasan NTUC FairPrice pada 2006, yang telah mengeluarkan hampir $70 juta untuk membantu golongan memerlukan.


Encik Seah, Anggota Parlimen GRC Marine Parade, menjadi timbalan CEO NTUC FairPrice pada 2001. Beliau dinaikkan pangkat kepada CEO (Singapura) pada 2010 dan mengembangkan rangkaian pasar raya itu daripada 99 kepada 290.


"NTUC FairPrice satu bahagian penting dalam struktur sosial Singapura dan kami akan terus memberi tumpuan pada misi sosial menyederhanakan kos sara hidup bagi keperluan harian di samping memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat Singapura dalam perkara ini," kata Encik Seah dalam satu kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >