Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO Second Chance Salleh Marican ambil borang Pilihan Raya Presiden

Jun 05, 2017 | 02:41 PM



KETUA pegawai eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Encik Salleh Marican, mengambil borang permohonan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Dipilih pagi tadi.



Beliau bakal calon Melayu pertama yang berbuat demikian bagi pilihan raya yang khas diperuntukkan bagi calon Melayu September ini.



Encik Salleh, 67 tahun, diiringi isterinya, Cik Sapiyah Abu Bakar @ Maria dan adiknya, Encik Hassan Marican, tiba di Jabatan Pilihan Raya, Prinsep Street, 11.15 pagi.



Rombongan itu keluar dari bangunan tersebut sekitar 15 minit kemudian.



Menurut Encik Salleh, beliau yakin permohonannya akan diterima Jawatankuasa Pilihan Raya (PEC) walau beliau tidak memenuhi kriteria bagi pemohon dari sektor swasta.



"Syarikat saya mendapat sewa daripada hartanah bernilai $200 juta yang saya miliki. Jika saya mempunyai hartanah bernilai $500 juta, itu tidak bermakna saya memerlukan 2.5 ganda keupayaan saya hari ini.



"Ini hanya satu contoh daripada yang banyak perlu saya fikirkan bagi menyakinkan PEC bahawa saya berkeupayaan (untuk menjadi presiden)," kata Encik Salleh.



Berdasar perubahan pada Perlembagaan November lalu, calon presiden dari sektor swasta perlu menyandang jawatan ketua eksekutif syarikat yang memiliki sekurang-kurangnya purata $500 juta ekuiti pemegang saham bagi tiga tahun terkini.



Ekuiti pemegang saham Second Chance Properties dalam tempoh tiga tahun terkini adalah antara $254.3 juta dengan $263.25 juta - lebih rendah daripada kriteria ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >