Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PILIHAN RAYA PRESIDEN DIPILIH

CEO Second Chance Salleh Marican berhasrat mohon bertanding

Jun 01, 2017 | 05:30 AM



PENGASAS dan ketua pegawai eksekutif syarikat Second Chance Properties, Encik Mohamed Salleh Marican, 67 tahun, telah melahirkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Presiden Dipilih.



Beliau memberitahu akhbar The Straits Times semalam bahawa beliau akan mengambil borang-borang permohonan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Di pilih September ini.



Nama Encik Salleh sebelum ini telah disebut-sebut sejak beberapa minggu ini sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya tersebut, yang dikhususkan untuk calon-calon Melayu.



Syarikatnya merupakan firma milik Melayu/Islam pertama yang disenaraikan di Bursa Singapura (SGX).



"Adalah menjadi satu dorongan bagi saya untuk mengetahui bahawa ramai yang menimbangkan saya sebagai calon yang berpotensi untuk bertanding," kata beliau.



"Jawapan singkatnya ialah, saya percaya saya telah mencatatkan kejayaan yang baik buat diri saya dalam perniagaan dan mahu melangkah lebih jauh dengan menyumbang kembali kepada masyarakat dengan cara yang lebih besar.



"Kedudukan dan pengaruh Presiden Dipilih akan mempunyai kesan terhadap apa sahaja yang beliau ingin ketengahkan," katanya.



Encik Salleh menambah, beliau memenuhi gesaan rakyat yang mahukan seorang Presiden Dipilih yang benar-benar bebas dan bersih dari politik parti.



Permohonan bagi mendapatlkan sijil-sijil Pilihan Raya Presiden akan dibuka hari ini.



Calon yang ingin bertanding perlu membuat permohonan kepada Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden bagi Sijil Kelayakan dan Jawatankuasa Masyarakat bagi Sijil Masyarakat Melayu. Permohonan bagi sijil-sijil itu akan ditutup pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan pada lewat Ogos.



Di bawah perubahan yang dibuat pada Perlembagaan November lalu, calon-calon dari sektor swasta pula mesti pernah menyandang jawatan ketua eksekutif syarikat dengan syarikat itu sekurang-kurangnya mempunyai $500 juta dalam ekuiti pemegang saham bagi purata tiga tahun terkini.



Ekuiti pemegang saham Second Chance Properties adalah antara $254.3 juta dengan $263.25 juta bagi tempoh tiga tahun kewangan terkini syarikat itu - lebih rendah daripada kriteria yang diperlukan.



Bagaimanapun, Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden mempunyai budi bicara untuk mengesahkan bahawa seseorang calon yang tidak layak secara automatik memenuhi kriteria itu boleh bertanding.



Ini jika ia berpuas hati calon tersebut mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk menjalankan secara berkesan fungsi dan tanggungjawab pejabat Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >