Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO SPH, Alan Chan, jadi pengerusi LTA mulai 1 April

LTA
Mar 15, 2016 | 12:59 PM



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Press Holdings (SPH), Encik Alan Chan, akan menggantikan Encik Michael Lim Choo San sebagai pengerusi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mulai 1 April, umum Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan akhbar.



Encik Lim, yang memegang jawatan itu selama 14 tahun, akan meletak jawatan pada 31 Mac.



Di bawah bimbingannya, LTA melancarkan Pelan Induk Pengangkutan Darat pada 2008, yang menggariskan strategi pengangkutan darat Singapura.



Encik Lim, yang juga pengerusi Suruhanjaya Perakaunan Singapura dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, juga memainkan peranan penting dalam transformasi LTA menjadi sebuah pertubuhan mementingkan penumpang, kata MOT.



"Dengan bimbingan dan galakan beliau, LTA memupuk pelibatan awam dan responsif terhadap pelanggan dengan bekerja rapat dengan pihak berkepentingan utama, seperti pemimpin akar umbi dan penduduk tempatan, bagi membangunkan huraian pengangkutan darat yang memenuhi pelbagai keperluan," tambah MOT.



Projek rel utama seperti Laluan Circle, Lauan Downtown, Program Pengubahsuaian East Jurong dan Perluasan Laluan Utara-Selatan juga dilaksana di bawah bimbingan dan sokongan Encik Lim.



Selain memperjuangkan usaha mewujudkan pengalaman ulang-alik lebih positif melalui peningkatan infrastruktur seperti laluan penghubung berbumbung dan lift di jejantas, MOT berkata Encik Lim bertanggungjawab mengubah industri bas awam Singapura kepada model kontrak baru.



Beliau menyelia pertumbuhan LTA daripada 3,600 kakitangan apabila beliau menyertainya pada 2002 kepada 5,800 orang hari ini, dengan penekanan kuat pada pembinaan teras kejuruteraan berdaya tahan.



"Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pengangkutan Darat ingin merakamkan penghargaan kami kepada Encik Lim bagi perkhidmatan bertahun-tahun beliau yang penuh dedikasi dan cemerlang kepada LTA," kata kenyataan itu.



Pengganti Encik Lim, Encik Chan, menjadi CEO SPH sejak 1 Jan 2003. Beliau juga ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Pengarah Perniagaan China.



Rekod perkhidmatan awam beliau termasuk bertugas sebagai Setiausaha Tetap MOT, Timbalan Setiausaha Kementerian Ehwal Luar dan Setiausaha Sulit Menteri Kanan ketika itu, mendiang Encik Lee Kuan Yew.



MOT berkata: "Pengalaman kepimpinan Encik Chan yang luas akan menawarkan LTA bimbingan tidak ternilai dalam pembangunan masa depan pengangkutan darat di Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >