Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ceria selepas derita sebelum PSLE

Nov 25, 2016 | 05:30 AM



SEMANGATNYA yang tidak pernah luntur sama sekali tidak mencerminkan keadaan kesihatan sebenar murid ini.



Dilahirkan dengan keadaan dikenali sebagai ginjal dupleks iaitu masalah fungsi ginjal, Abbas Esoof Saleh, 12 tahun, tidak kenal erti kalah.



"Kadangkala saya berasa pening ketika di dalam kelas walaupun guru saya baru mula mengajar selama 30 minit sahaja.



"Apabila ini berlaku, saya perlu berehat dan pergi ke tandas untuk mencuci muka saya agar saya dapat meneruskan pembelajaran," terang Abbas.



Namun, keadaannya itu tidak pernah menghalangnya daripada mengecapi kejayaan dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.



Abbas merupakan antara 38,808 pelajar yang menerima keputusan PSLE mereka semalam.



Seramai 38,180 pelajar dinilai sesuai meneruskan pendidikan mereka ke sekolah menengah.



Seramai 255 pelajar madrasah Singapura pula telah menduduki PSLE tahun ini.



Pelajar itu daripada empat madrasah iaitu Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah dan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.



Dengan agregat 267, pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Luqman Jun'En Mohammad Sa'ad, muncul sebagai pelajar terbaik di kalangan madrasah di Singapura.



"Saya telah diberikan semangat agar membuat yang terbaik dan saya tak sangka saya dapat nombor satu untuk PSLE," kata Luqman, yang meraih gred A* untuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematiksertta A untuk mata pelajaran Sains.



Kesemua empat madrasah itu mencapai markah yang lebih tinggi daripada penanda aras PSLE Madrasah yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (MOE).



Memandangkan empat madrasah itu telah lulus penilaian bagi tempoh tiga tahun dari 2014 hingga 2016, kesemua empat madrasah akan terus dapat mendaftar pelajar darjah satu dari 2018 hingga 2020.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan madrasah.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >