Ceroboh trek semasa F1 Singapura: Lelaki Britain djel enam minggu

SEORANG lelaki warga Britain yang memasuki trek semasa perlumbaan kereta Grand Prix Singapura Singapore Airlines dijatuhi hukuman penjara enam minggu pada Selasa (3 Nov).

Yogvitam Pravin Dhokia, 27 tahun, mengaku bersalah melakukan perbuatan gopoh yang membahayakan keselamatan diri pemandu Formula Satu di Litar Jalanan Marina Bay pada kira-kira 9 malam 20 September lalu.

Hakim Daerah Chay Yuen Fatt kebelakangkan hukuman ke 16 Oktober.

Tuduhan kedua menceroboh dengan memasuki trek perlumbaan sepanjang Esplanade Drive dengan niat menyakitkan hati diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa tiga marshal meniup wisel mereka dan memekik kepada Dhokia supaya keluar tetapi dia tidak mengendahkan mereka.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.