Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chee Soon Juan dijangka ketuai pasukan SDP di Holland-Bukit Timah

Sep 01, 2015 | 11:40 AM



KETUA Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, nampaknya akan memimpin pasukan parti itu bertanding di GRC Holland-Bukit Timah, pertandingan pertama beliau sejak dilarang bertandding kerana statusnya sebagai seoran


Pasukan empat anggotanya di GRC itu terdiri daripada Profesor Paul Tambyah, 50 tahun, pensyarah Sekolah Perubatan Yong Yoo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS); juruaudit Sidek Mallek, 55 tahun; dan bekas sarjan tentera laut Khung Wai Yeen, 34 tahun.


Pentadbir penjagaan kesihatan Chong Wai Fung, 45 tahun, mungkin mewakili SDP di SMC Bukit Panjang. Beliau berada di pusat penamaan calon di Sekolah Assumption Pathway.


Pasukan SDP bagi GRC Marsiling-Yew Tee GRC akann terdiri daripada ahli psikologi John Tan, 54 tahun; bekas tahanan politik Wong Souk Yee, 56 tahun; Bryan Lim, 38 tahun, yang mengetuai unit operasi parti itu; dan Encik Damanhuri Abas, 45 tahun, mantan pengarah sebuah kolej Islam.


Bekas anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Sadasivam Veriyah, 63 tahun, kelihatan akan mewakili SDP di SMC Bukit Batok.


Bekas guru itu berada di Sekolah Rendah Keming, yang juga pusat penamaan calon bagi SMC Yuhua, yang dijangka ditandingi pengarah jualan Jaslyn Go, 43 tahun, bagi SDP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >