Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

China, Jepun berebut untuk dapat peranan penting dalam projek HSR Singapore-KL

HSR
Apr 12, 2016 | 12:15 PM



MALAYSIA dan Singapura belum memuktamadkan sembarang aspek utama projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) berbilion dolar yang akan menghubungkan negara ini dengan Kuala Lumpur.



Bagaimanapun, itu tidak menghalang pemerintah China dan Jepun menegaskan pengaruh mereka di dua negara itu untuk meletak syarikat kejuruteraan masing-masing dalam kedudukan lebih baik bagi memenangi kontrak projek tersebut.



Tender antarabangsa bagi projek itu dijangka dikeluarkan pada suku pertama 2017.



Dalam beberapa minggu kebelakangan, para pegawai pemerintah Jepun dan China, bersama eksekutif sektor swasta daripada industri kereta api mereka, telah melobi kerajaan dan agensi utama yang menyelia sektor pengangkutan Malaysia untuk mengetengahkan agenda masing-masing bagi pembinaan hubungan sepanjang 350km itu.



Eksekutif daripada East Japan Railway Company, yang lebih dikenali sebagai JR East, dan para pegawai daripada Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bertemu pegawai Kementerian Pengangkutan Malaysia bulan lalu untuk menonjolkan kes mereka bagi peranan utama dalam projek rel itu.



China menggunakan pengaruh lebih besar, lapor akhbar dalam talian The Straits Times.



Menurut pegawai kerajaan Malaysia, Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, telah menulis surat peribadi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu untuk mengulangi komitmen Beijing pada pelaburan mereka di Malaysia, termasuk pembangunan hartanah dan prasarana.



Beliau juga menegaskan minat mendalam China dalam mendapatkan projek HSR itu.



"Projek ini pencetus perubahan dan lawatan serta perjumpaan (oleh Cina dan Jepun) telah menjadi sangat kerap dan semua perbincangan tidak dapat tidak tertumpu pada HSR," kata seorang eksekutif industri pengangkutan terlibat dalam perancangan projek itu, yang akan mengurangkan kepada 90 minit masa perjalanan antara dua bandar itu, daripada lebih enam jam dengan kereta api biasa sekarang.



Projek itu, yang ditangguhkan tahun lalu dek keprihatinan belanjawan pada pihak Malaysia, telah diteruskan dengan pelantikan baru-baru ini sebuah pasukan perunding bagi mewujudkan parameter luas untuk pertimbangan pemerintah Malaysia dan Singapura.



Perunding itu, terdiri daripada McKinsey & Co, Systra dari Perancis, dan Minco Consulting dari Malaysia, ditugaskan kerajaan Malaysia menyarankan penjajaran laluan, pelbagai pakej kontrak di bawah projek tersebut dan struktur pembiayaannya.



Projek itu dianggarkan bernilai antara AS$10 bilion ($13.4 bilion) dan AS$15 bilion.



Syarikat Siemens dari Jerman dan Talgo dari Sepanyol antara syarikat Eropah yang telah menunjukkan minat pada projek itu. Tetapi perunding industri pengangkutan mengatakan persaingan sebenar ialah antara syarikat kereta api dari China dan Jepun.



Buat masa ini, saingan besar ialah antara unit syarikat kereta api milik kerajaan China yang diketuai oleh China Railway Engineering Corp (CREC) dan JR Timur.



Beijing juga telah mengaitkan tawarannya dengan beberapa pelaburan utamanya yang telah membantu menyelamatkan beberapa usaha ekonomi Datuk Seri Najib yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia yang dilanda skandal hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >