WADAH tempahan restoran dalam talian Chope mengumumkan pendapatan $10.4 juta bagi tahun lalu, hampir seganda pendapatan $5.5 juta pada 2016.
Sebilangan besar pertumbuhan adalah hasil peningkatan bilangan tempahan dan tawaran yang ditempah pengguna kerana Chope, sebuah syarikat portfolio Dana Media Singapore Press Holdings (SPH), terus menambah lebih banyak restoran.