Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chuan-Jin sembuh sepenuhnya daripada penyakit TB jenis jarang berlaku

Oct 22, 2015 | 10:29 AM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin telah pulih sepenuhnya daripada sejenis penyakit batuk kering, atau TB, yang jarang berlaku.


Beliau disahkan pada Februari lalu menghidap batuk kering pleura, yang menjangkiti bahagian antara paru-paru dan tulang rusuknya.


Doktor Encik Tan, Profesor Madya Loo Chian Min, berkata ia sejenis penyakit batuk kering yang jarang berlaku, menjejaskan 5 peratus daripada pesakit TB, dan dalam kes Encik Tan, tidak berjangkit, lapor akhbar The Straits Times.


Pada 26 Februari, Encik Tan, yang terkenal dengan kecergasannya, menulis di Facebook bahawa beliau telah didiagnosis menghidap lelehan pleura, atau pengumpulan cecair antara lapisan tisu yang melapisi bahagian paru-paru dan rongga dada.


Encik Tan, 46 tahun, memberitahu akhbar tersebut pada Selasa: "Ia di luar jangkaan, saya tidak tahu bagaimana saya mendapatnya, tetapi saya berasa lega ia bukan barah."


Profesor Loo, ketua jabatan pernafasan dan perubatan penjagaan kritikal di Hospital Besar Singapura (SGH), berkata sebaik sahaja Encik Tan mula mengambil ubat, jangkitan itu dapat dikawal.


Beliau menambah bahawa risiko Encik Tan menyebarkan penyakit itu kepada orang sangat kecil kerana jangkitan itu terkandung dalam tubuhnya.


Encik Tan berkata pada peringkat awal selepas didiagnosis, beliau mengambil langkah bagi memastikan beliau tidak bersentuhan dengan orang ramai.


Beliau memberitahu Perdana Menteri Lee Hsien Loong segera selepas diagnosis, dan Encik Lee bimbang serta bertanya beliau berada di hospital mana dan apakah beliau menerima rawatan perubatan mencukupi.


"Saya memberitahu rakan saya, pemimpin akar umbi dan penduduk yang bertanya mengenai kesihatan saya, dan menjelaskan apa penyakit itu," ujarnya.


Beliau juga berkata: "Ia bukan satu kebimbangan besar dan saya tidak berasa bahawa ubat dan penyakit itu menjejas kerja saya."


Encik Tan menambah bahawa kejadian itu satu peringatan kepada orang ramai agar tidak memandang ringan kesihatan mereka, dan pentingnya menjalani pemeriksaan perubatan.


"Sama seperti kerja-kerja pencegahan saya di MSF, isu-isu penjagaan kesihatan seperti isu sosial. Jika anda tahu gejalanya, tanganilah ia supaya ia tidak sampai ke peringkat serius."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >