Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Pilihan raya tentang wujudkan pemerintah baik, bukan bangkitkan isu semata-mata

Sep 07, 2015 | 12:23 PM



PILIHAN raya bukan mengenai membangkitkan isu sahaja tetapi juga tentang meletak pasukan yang boleh merancang untuk masa depan, kata ketua gerakan buruh, Encik Chan Chun Sing, semalam (6 Sep).


Dan di samping mempunyai pelan dan melaksanakannya, pasukan itu perlu menyatukan rakyat untuk mengatasi cabaran-cabaran pada masa depan, kata Encik Chan, sedang beliau menggesa pengundi supaya mengkaji saranan oleh pelbagai pihak dan calon Pilihan Raya Umum 2015.


"Sepanjang lima, enam hari lepas, kita telah mendengar ramai orang membangkitkan isu-isu berbeza," katanya.


"Ini semua betul, dan baik untuk membangkit semua isu itu supaya rakyat Singapura lebih sedar tentang cabaran yang dihadapi oleh negara kita."


Tetapi penting juga untuk rakyat Singapura "duduk dan menganalisis saranan berbeza yang dikemuka semua parti dan calon, dan lihat apalah ia berkesan dan apalah ia yang terbaik untuk kepentingan penduduk sekarang dan pada masa akan datang," kata beliau kepada pemberita selepas melawat Pasar Tiong Bahru.


Bekas ketua tentera itu mengetuai pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Tanjong Pagar GRC, yang kali pertama melihat pertandingan sejak GRC itu dibentuk pada 1991.


Pasukan PAP ditentang pasukan Parti Warga Diutamakan (SingFirst) yang diketuai bekas calon pilihan raya presiden, Encik Tan Jee Say, yang dalam satu rapat Sabtu lalu berkata Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengkhianati cita-cita Encik Lee Kuan Yew, memetik amaran Encik Lee pada 1979 terhadap mempunyai terlalu ramai pekerja asing.


Menjawab, Encik Chan berkata: "Pada setiap peringkat perkembangan kita, kita mempunyai cabaran berbeza. Dasar tidak pernah statik. Kita akan sentiasa perlu mengubah dasar kita untuk (menangani) apa yang kita perlu tangani hari ini dan apa yang kita perlu tangani esok."


Mengenai dakwaan bahawa warga asing mengambil pekerjaan daripada golongan karyawan, profesional, pengurus dan eksekutif (PME) tempatan, beliau berkata pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan bekerja bersama-sama untuk membantu PME meningkatkan kemahiran dan kekal berdaya saing di Singapura dan luar negara.


Sementara itu, Menteri Negara Kanan (Undang-Undang merangkap Pendidikan), Cik Indranee Rajah, menjawab dakwaan SingFirst bahawa GRC itu tidak berkhidmat bagi pengundi Melayu kerana ia tidak mempunyai calon Melayu selama beberapa tahun.


"Banyak program yang telah kami jalankan dan anda hanya perlu cakap dengan penduduk Melayu kami (tentang program yang telah dijalan)," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >