Cikgu Naim meninggal dunia

MANTAN adiguru pertama bahasa Melayu, Encik Mohamed Naim Daipi (gambar), telah meninggal dunia.

Allhayarham, 65 tahun, mengalami serangan jantung malam Selasa lalu ketika berada di Brunei sebagai wakil Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) di Sidang Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (Mabbim) yang berlangsung dari semalam hingga esok.

Berita Harian (BH) difahamkan keluarga Allahyarham sedang berusaha membawa pulang jenazah ke Singapura secepat mungkin.

Kelmarin, adik Encik Naim, Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi, memberitahu BH, Encik Naim telah menjalani angioplasti di mana tiub dimasukkan ke salur nadi jantungnya yang tersumbat di Hospital Gleneagles di Bandar Seri Begawan.

“Beliau dirawat di sana sehingga tengah hari semalam dan kini dirawat di hospital kerajaan RIPAS. Oleh kerana ada komplikasi, beliau dijangka dirawat di sana selama seminggu sehingga kesihatannya lebih stabil,” kata Encik Hawazi.

Encik Naim, 64 tahun, anggota MBMS dan seorang tokoh bahasa.

Menurut ketua unit bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan, Encik Tajudin Jaffar, semasa di Brunei Encik Naim mengalami sesak nafas sekitar 9 malam Selasa lalu dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

Bagaimanapun, Encik Naim tidak sedar dirinya mengalami serangan jantung, kata Encik Tajudin yang juga setiausaha MBMS.

Beliau menambah Encik Naim telah disahkan sihat ke luar negara tiga hari sebelum keberangkatannya.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.