BUKAN setakat melihat pameran, para pelawat ke muzium patung lilin Madame Tussauds Singapore di Imbiah Lookout di Sentosa dapat menjengah kehidupan tokoh-tokoh terkenal dalam dan luar negara.
Semalam, pelakon popular Singapura, Zoe Tay, secara rasmi membuka tirai muzium itu yang mempamerkan lebih 60 patung lilin tokoh-tokoh terkenal, termasuk patung Zoe Tay sendiri.