APABILA menjalani pembedahan membuang buah dadah kanannya akibat barah tahap tiga Februari lalu, sangka Cik Serina Baharudin beliau akan meniti usia hingga akhir hayatnya sebagai ibu tunggal empat anak.
Maklumlah, sudah enam tahun beliau menyara keluarga sendirian berbekalkan pendapatannya sebagai kerani pemasukan data, setelah bercerai dengan suaminya.