Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cinta teguh susuri masa, harungi duka

Pelbagai cabaran dan dugaan sudah mereka hadapi, namun kasih sayang antara mereka kekal utuh. Wartawan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) memaparkan kisah dua keluarga yang dipaparkan dalam pameran 'Portraits of Love' anjuran Yayasan Rawatan di Rumah (HNF).
Apr 25, 2016 | 05:30 AM



UMUR mereka sudah pun mencecah 70-an dan lewat 60-an tahun. Namun, tingkah laku dan gurauan Encik Shabbeer Ahmed Saleh, 76 tahun, dan isteri Cik Meharunnisa Syed Kassim, 67 tahun, kelihatan mesra dan manja persis pengantin baru!



Encik Shabbeer, yang lebih selesa dengan gelaran Ibrahim, berkata bahawa pada mulanya, keluarga tidak menyetujui perkahwinan mereka itu.



"Sebenarnya, keluarga kami sudah memilih calon suami dan isteri untuk kami. Siapa sangka kasih sayang kita, dengan kuasa Tuhan, boleh bertahan selama 48 tahun sampai sekarang," kata datuk 18 cucu itu.



Namun, beliau akui bahawa tidak semuanya gembira belaka. Sejak 15 tahun lalu, Cik Meharunnisa mengalami penyakit Parkinson's, yang menjadikan pergerakan badannya sukar dikawal. Beliau pun rasa lemah.



Sejak itu, Encik Shabbeer merupakan penjaga utama isterinya itu, walaupun beliau sendiri mengalami sakit kaki akibat masalah urat saraf.



Kini, pasangan tersebut tinggal bersama seorang pembantu rumah dan akan dikunjungi jururawat Yayasan Rawatan Di Rumah (HNF). Jururawat itu memeriksa mereka dan menyediakan ubat-ubatan harian.



Baru-baru ini, gambar mereka dipetik dan dipamerkan di pameran Portraits of Love anjuran HNF.



Pameran yang memaparkan kehidupan dan kisah unik itu berlangsung 22 April lalu hingga hari ini di Raffles City Atrium, tingkat tiga.



Peserta juga telah diberikan gambar yang dipetik itu di dalam bingkai supaya mudah dipasang di rumah.



"Pada mulanya, anak-anak cakap malu tunjuk gambar macam gini. Tapi saya cakap apa salahnya kan?" ujar Encik Shabbeer.



Menceritakan pelayaran mereka dalam alam rumah tangga, beliau berkata cabaran yang dialami sekarang membuat mereka lebih menghargai satu sama lain.



Malah, sejak dulu lagi, mereka memang terbiasa mengharungi kepahitan hidup bersama. Ketika muda dulu, Encik Shabeer dan isteri mempunyai dua pekerjaan seorang demi menyara lima anak.



"Saya dan isteri bekerja sebagai pekerja pembersihan. Selepas itu, kami sambung pekerjaan kedua. Saya pergi kerja pam minyak, manakala isteri kerja sebagai operator dan akan jual kuih. Sekarang ini, masa kita 'rilek' pulalah, anak-anak jaga kita," ujar Encik Shabbeer.



Anak mereka sering berkunjung dan membantu menghantar pasangan tersebut ke hospital jika perlu.



Ditanya rahsia membina mahligai bahagia, pasangan tersebut ada satu jawapan - sabar. Namun, Cik Meharunnisa akui bahawa ada masa mereka bertengkar juga.



"Gaduh mesti gaduh. Tetapi, yang penting bila satu bising, yang lagi satu harus diam. Jangan berlaga-laga," kata Cik Meharunnisa.



Dengan nada bergurau, beliau berkata walaupun Encik Shabbeer ada kalanya 'bising mulut', namun rumah sunyi apabila beliau tiada. Sebelum tidur, mereka akan memohon maaf daripada pasangan.




"Gaduh mesti gaduh. Tetapi, yang penting bila satu bising, yang lagi satu harus diam. Jangan berlaga-laga."



- Cik Meharunnisa Syed Kassim, tentang dunia rumah tangga.



"Sebenarnya, keluarga kami sudah memilih calon suami dan isteri untuk kami. Siapa sangka kasih sayang kita, dengan kuasa Tuhan, boleh bertahan selama 48 tahun sampai sekarang."



- Encik Shabbeer Ahmed Saleh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >