Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cipta sejarah bila jaya ke fakulti perubatan NUS

Belajar di Politeknik Temasek untuk jadi 'vet'
May 25, 2016 | 05:30 AM



LULUSAN Diploma Teknologi Rawatan Haiwan daripada Politeknik Temasek (TP), Cik Sofeah Samsuddin, bercita-cita menjadi doktor haiwan kerana minat dengan binatang dan kerja pemuliharaan.



Bagaimanapun, aspirasinya tiba-tiba beralih arah apabila percubaannya memohon ke Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS), membawa hasil.



Beliau mencipta sejarah kerana merupakan lulusan pertama kursus Diploma Teknologi Rawatan Haiwan di TP yang diterima masuk ke kursus perubatan NUS, berbekalkan gred purata mata (GPA) 3.86.



Sebelum ini, tiga lulusan politeknik Melayu yang layak meneruskan pengajian perubatan di NUS - Cik Noor Ahmed Alkaff, Cik Amalina Ridzuan dan Encik Ahmad Abdurrahman Hanifah Marican - merupakan lulusan Diploma Sains Bioperubatan.



Ketika ditemui Berita Harian di makmal rawatan haiwan TP semalam, Cik Sofeah, 20 tahun, berkata:



"Ketika kecil, saya merasakan impian menjadi doktor haiwan itu lebih unik. Kerana itu, meskipun meraih agregat lima mata yang melayakkan saya ke maktab rendah, saya teruja ingin ke politeknik kerana lebih berminat dalam rawatan haiwan.



"Sungguhpun begitu, peluang keemasan ke jurusan perubatan di NUS tidak akan saya ketepikan kerana saya melihat peranan saya menyalur bakti kepada masyarakat kian meluas. Saya juga berminat dengan kerja bantuan kemanusiaan di negara Dunia Ketiga yang gigih dijalankan pakar perubatan."



Dalam pada itu, pengalaman menjalani pembedahan tulang belakang bengkok atau skoliosis pada usia 14 tahun turut membuka matanya kepada tugas murni seorang doktor.



Anak kedua dalam tiga beradik itu juga melihat faktor kos tinggi pengajian ijazah rawatan haiwan di luar negara sebagai satu hambatan.



Beliau enggan membebani kewangan bapanya, Encik Samsuddin Sidek, seorang pemilik restoran makanan laut, dan ibunya, Cik Goh Phuay Yee, pengurus projek, kededuanya 51 tahun.



Sungguhpun begitu, sukarelawan Persatuan Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA) itu tidak menganggap pengajian diplomanya sia-sia.



"Sewaktu menjalani program bekerja sambil belajar di Taman Haiwan Singapura, saya berpeluang membantu doktor haiwan menjaga haiwan sakit, merawat kecederaannya dan menjalankan ujian darah atau air kencing haiwan.



"Apabila meniti usia persaraan kelak, saya akan kembali menjalankan kerja pemuliharaan haiwan secara aktif," katanya.



Mengulas pencapaiannya, Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Jazlan Joosoph, berkata:



"Dengan adanya lebih ramai pelajar Melayu yang layak diterima masuk ke Sekolah Perubatan daripada laluan politeknik dan bidang seperti rawatan haiwan, ia adalah kemajuan membanggakan.



"Ia akan menambah bilangan doktor Melayu di Singapura. Kerjaya ini adalah salah satu kerjaya idaman ramai dan lazimnya menjanjikan masa depan cerah lagi terjamin, selain peluang dan amanah berbakti kepada masyarakat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >