Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ciri keselamatan baru di jalan raya bagi warga emas diterokai

Jan 14, 2018 | 07:00 PM



 



 



Pihak berkuasa sedang meneroka ciri baru untuk menjadikan jalan raya di estet perumahan lebih selamat bagi warga tua.



Ciri ini termasuk mengubah sebahagian jalan raya menjadi ruang masyarakat dan mengubah jalan raya dua hala menjadi jalan raya sehala.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkongsi dengan akhbar The Straits Times (ST) baru-baru ini, selepas ia memanggil tender awal bulan ini untuk membentuk 10 lagi Zon Perak di sekitar Singapura jelang 2019.



Skim Zon Perak, yang dimulakan pada 2014 ini, telah dilaksanakan di 15 kawasan, dan bertujuan mempertingkat keselamatan warga emas di jalan raya.



Matlamat ini dicapai menerusi beberapa ciri keselamatan, seperti mengurangkan had laju kepada 40 kilometer sejam: ‘membahagi’ jalan raya dengan pembahagi tengah demi membenarkan penyeberang jalan berhenti dengan lebih selamat di tengah jalan raya; dan membina jalan raya yang lebih sempit di tempat meyeberang jalan, demi mendorong kenderaan mengurangkan kelajuan.



10 kawasan yang telah dikenal pasti dalam tender baru-baru ini ialah di Whampoa Drive, Upper, Upper Boon Keng Road, Chai Chee Road dan Teck Whye Lane.



Menurut LTA, ia juga sedang meneroka ciri jalan raya baru, termasuk ‘ruang masyarakat’ di mana sebahagian jalan raya diubah menjadi kawasan tempat duduk untuk pejalan kaki.



Lewat tahun lalu, LTA mengubah sebahagian 200 meter Commonwealth Drive, yang sebelum ini jalan raya dua hala, menjadi jalan raya sehala.



Ini adalah kali pertama LTA berbuat demikian di bawah inisiati Zon Perak.



Perubahan ini bermakna jalan menghala ke Queensway telah ditutp, sementara jalan menuju Commonwealth Avenue kekal dibuka. Difahami, jalan yang tidak digunakan akan diubah menjadi ruang tambahan bagi pejalan kaki, di masa depan.



“Aturan ini membantu menenangkan dan mengawal trafik dan pada masa yang sama, mengurangkan tempt berlaku konflik antara kenderaan dengan pejalan kaki,” kata LTA.



 "This arrangement helps to calm and regulate turning traffic, and, at the same time, reduce traffic conflict points between vehicles and pedestrians," said the LTA.



Menurut LTA, ia bertujuan membentuk Zon Perak di 50 tempat di serata pulau jelan 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >