Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Ciri keselamatan perbankan digital OCBC baru undang kritikan

OCBC berkata ciri baru tidak kumpul, simpan data peribadi pelanggan; Persatuan Bank Singapura berkata bank secara proaktif laksana langkah keselamatan baru lindungi pelanggan
Aug 08, 2023 | 07:51 PM



Ciri keselamatan baru yang dilaksanakan bank OCBC ke atas aplikasi perbankan digitalnya telah mengundang kritikan beberapa pengguna, dengan ada yang mendakwa OCBC “menceroboh privasi” mereka.

Dengan tujuan untuk melindungi pelanggan daripada perisian hasad, OCBC menggunakan teknologi yang dapat mengesan sebarang aplikasi yang dimuat turun daripada kedai aplikasi tidak rasmi, justeru jika pengguna tidak menghapuskannya, mereka tidak akan dapat melog masuk aplikasi digital OCBC.

Antara pelanggan yang kurang berpuas hati ialah Encik Amirul Azam Amin Noordin, 33 tahun, memberitahu Berita Harian bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang hal tersebut apabila mengemaskini aplikasi.


Walaupun akur tentang tujuan ciri keselamatan itu, pengarah Blissful Studios itu berkata ia patut dijadikan pilihan bagi pengguna dan bukan sesuatu yang dipaksa ke atas pengguna.

“Ia tentunya menceroboh (privasi) kerana ia tidak patut dibenarkan untuk mengimbas telefon bimbit pelanggan tentang aplikasi apa yang telah kami muat turun, dan kemudian memaksa kami untuk menghapuskan aplikasi sah (yang tidak dimuat turun daripada Google Play Store) sebelum kami boleh terus menggunakan aplikasi OCBC,” ujarnya.

Pendigitalan, tambahnya, adalah untuk menjadikan perbankan dalam talian lebih mudah, bukan menyukarkan.

“Tanggungjawab bank adalah untuk memastikan pelayan atau server dan pemproses mereka selamat untuk mencegah penipuan, bukan menentukan keselamatan telefon kami,” tambahnya.

Sesetengah pengguna juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana mereka mempunyai aplikasi sah tetapi masih disuruh untuk menghapuskannya.

Seorang pengguna Facebook Brandon Lim berkata pekerjaannya memerlukannya untuk memuat turun aplikasi yang direka khas untuk operasi syarikat.

“Sekarang saya tidak dapat log masuk ke dalam perbankan internet OCBC. Apa yang patut saya lakukan? Patutkah saya dapatkan satu lagi telefon bimbit? Terima kasih atas kesusahan ini OCBC. Besar kemungkinan hujung minggu ini saya akan tutup akaun saya dan pindah ke bank lain,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan BH, OCBC pada Selasa memberi jaminan bahawa ia tidak memantau kegiatan telefon bimbit pelanggan.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa ciri keselamatan baru kami tidak mengumpulkan atau menyimpan sebarang data peribadi daripada pelanggan. Teknologi ini mengesan aplikasi yang tidak dimuat turun daripada kedai aplikasi rasmi hanya apabila aplikasi digital OCBC dibuka. Ia tidak mengenal pasti pemilik alat itu.

“Apa yang ia lakukan adalah untuk memaklumkan pelanggan tentang aplikasi yang boleh menjejas alat (yang terdedah) kepada penipuan perisian hasad,” kata OCBC.

Pengarah Persatuan Bank Singapura (ABS), Cik Ong Ai Boon berkata bank sedang secara proaktif melaksanakan langkah-langkah keselamatan baru untuk melindungi pelanggan.

“Dalam melaksanakan langkah-langkah ini, bank selalu mencapai keseimbangan antara keselamatan dengan kemudahan. Kami memohon pelanggan agar memahami kerana penipu sedang menggunakan taktik yang semakin canggih,” katanya kepada BH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >