Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Clarke Quay 'diserang' dalam latihan tahunan

Nov 11, 2017 | 05:30 AM



TIGA lelaki bersenjata api melancar "serangan tembak-menembak" di kelab malam Clarke Quay semalam serta "menyerang orang ramai" di kawasan sekitarnya dengan pisau. Akibat "serangan" itu, ramai cedera.



Dengan usaha bersama kakitangan kedai di kawasan itu serta pegawai keselamatan, orang ramai dipindahkan ke tempat lebih selamat dengan cepat bagi mengelakkan lebih ramai tercedera.



Pasukan Respons Kecemasan (ERT) polis dan Pasukan Respons Darat (GRF) Pusat Polis Kejiranan tiba sejurus kejadian itu berlaku untuk mengawal keadaan dan menangani lelaki bersenjata itu.



Kejadian itu hanya adegan keganasan lakonan sebagai salah satu senario latihan antiserangan pengganas Exercise Heartbeat tahun ini.



Latihan tersebut bertujuan menguji respons kecemasan Pasukan Polis Singapura (SPF) serta perniagaan dan pekerja mereka menangani serangan pengganas seperti yang berlaku di London Borough Market baru-baru ini.



Hampir 140 orang, termasuk sekitar 70 wakil dan pekerja kedai sekitar Clarke Quay, menyertai latihan tersebut.



Latihan itu dianjur SPF dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Ketua Kelompok bagi Program SGSecure di Tempat Kerja.



Menurut kenyataan polis, MOM bekerjasama dengan CapitaLand Mall Asia, pengurus kawasan Clarke Quay, bagi membina daya tahan perniagaan di sana terhadap pengganasan di bawah Program SGSecure di Tempat Kerja.



Ini termasuk menggalak pekerja perniagaan memuatturunkan aplikasi SGSecure, melatih mereka tentang laluan kecemasan dan mendaftar sebagai Wakil SGSecure dengan MOM.



Kawasan Clarke Quay menarik sekitar 1 juta pengunjung sebulan.



Selain itu, sesi latihan BizSAFE dijalankan bagi membantu perniagaan mempertingkat keupayaan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.



Ketua Pengurusan Runcit (Singapura) CapitaLand Mall Asia, Cik Teresa Teow, berkata CapitaLand sedari kepentingan bekerjasama dengan masyarakat untuk mengukuhkan tahap waspada dan meningkatkan keupayaan mereka bertindak balas terhadap krisis secara berkesan.



"Ini termasuk membuat perancangan awal, melakar pelan bagi apa jua kemungkinan serta bekerjasama dengan pihak berkepentingan, termasuk pekerja kami, penyewa kedai dan pihak berkuasa.



"Selain menyertai Kumpulan Pengawas Keselamatan (SSWG) SPF, Clarke Quay menganjurkan sesi bersama SPF untuk memberi taklimat kepada lebih 150 kakitangan pasukan pengurusan Clarke Quay dan penyewa kedai tentang laluan kecemasan dan pelan respons pengganasan," katanya.



Bagi memberi sokongan lebih baik kepada pemilik bangunan, polis berkata mereka akan memperkenal dua makluman baru berhubung panduan SGSecure di tempat kerja.



Mereka juga akan membimbing pemilik bangunan melindungi premis dan menangani serangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >