SYARIKAT perkapalan Perancis CMA CGM dilaporkan hampir mengemukakan tawaran untuk membeli syarikat perkapalan Singapura Neptune Orient Lines (NOL) dengan harga sekitar $3.4 bilion, lapor sumber yang mengetahui tentang tawaran tersebut.
CMA CGM rancang untuk membeli NOL dengan harga $1.30 sesaham secara tunai, kata sumber tersebut yang enggan namanya disiarkan, sebelum pengumuman rasmi diumumkan.
Pembelian tersebut akan mengukuhkan CMA CGM, syarikat kontena kapal ketiga terbesar dunia, dengan saigannya terdekatnya, AP Moeller-Maersk A/S, syarikat perkapalan terbesar dunia, dan Mediterranean Shipping Co.
CMA CGM juga dikatakan merancang untuk menubuhkan ibu pejabat serantaunya di Singapura, kata sumber itu. - Bloomberg